Juz wanna share a story.lets us take some IKHTIBAR from this.
''
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya
menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman
menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu,
ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan
30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya
menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan
masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu
saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di
Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya
di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak.
Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk
menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung
dalam keluarga..
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan
haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas.
Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan
haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami
menuju ke Madinah. Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar
hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun
dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba
kepada giliran wa nita terbabit..
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi
Madinah, tiba-tiba wa nita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai
orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaahitu, saya pun
bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya
pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta
bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang
sedang berlaku.
"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat
tolong saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang
masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital
Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang
lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri.
Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun
semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wa nita itu masih lagi koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya
terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital
berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi
hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas
dua hari, wa nita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin
cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan
situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya
gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk
mendapatkan rawatanlanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih
lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk
memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk
mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke
Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya
diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma.
Bagaimanapun, katadoktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu,
saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari
sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.
Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk
saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya
terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia
tiba-tiba menangis??
Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?"
"Mazlan... kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi
benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih
terpinga-pinga. Wa nita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab
pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan
kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya
perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni
sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak
silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu
apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan
ibadat kakak dan suami kakak tak buat.
Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak
terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ini?"
"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada
sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah
itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah
diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan
yang telah kakak buat selama ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah
tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan
balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur
hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak
ditarikdengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam
mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada
Allah."
"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan
penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke
sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung
terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan..
Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu
balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya
wa nita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.
Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan
daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang
amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak
bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa.
Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak
tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak
terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat
sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wa nita itu
terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal
dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu
sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni
nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala
macam dosa besar.
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa
tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang
berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja.
tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar.
"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong
kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula
duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja
buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila
kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak
rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak
akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta
minuman, tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari
nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak
sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa,
tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh
kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah
supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk
hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata
kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.
Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh.
Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung
segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan
sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "
Saya termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha
Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada
balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan
kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di
akhiratkelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri
kebenaran Allah..
"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam
tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi
kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha,"
katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya
ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak
henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu
maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang
subuh.
"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga
juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah,
makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.
"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan
semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam
Masjidil Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya
dahulu.
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan
tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya
menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan
kesihatannya.
"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab
tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab
itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat."
Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada
perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka,
pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu,
kakak tak mau
wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok
undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam
yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya,
maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim
tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."
"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau
seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak
dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu
sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni???
Allah..."
"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong
dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat
ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami
kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak
sudahbawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja,
kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang
wa nita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wa nita
yang benar-benar solehah. Adakah diaberbohong kepada saya tentang
ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar.
Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab
yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah
ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat
membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan
pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah
meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya
bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku
menyesal.... . " itu dah terlambat.
-------------------------------------------------------------------------------------
actually this story almost same as filem MAUT.scene Sabrina Hassan as Farah.... directed by Bade Hj Azmi husband Erma Fatima.
so sape sape yang tak tengok lagi..jommm tengok,,memang tak rugi..
perigatan untuk diri sendiri & semua =D
AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR
0 c0MmEnt0e~:
Post a Comment