diz page are not related t0 any0ne or anybody. but..if any,,maybe it juz a coincidence..PeaceNoWar~
RSS

Red Velvet Mini Cupcakes

Assalam.
Hi there,have a beautiful day ahead ;D
Just wanna share about my day on last weekend, 
I'd went to my besties engagement at Shah Alam. Hmm before that I was thinking what should i gave to her for a gift, First thing  that comes to mind is red velvet cupcakes!
So i'd done some surveying or ushar-ing, i have found the online baking service Murni Delights
The taste is delicious just hoping the topping should be cheese cream instead of butter cream, he he he,
But its okayy, i'm satisfied at all. Thank you Kak Murni, 




0 c0MmEnt0e~

A Gentleman Dignity

Anyoung guys!

wanna suggest A MUST LIST korean drama to watch!
A GENTLEMAN DIGNITY


 its about 4bff (BoyFriendssForever) at 40th yr old. OMG! so old.hehe
but never minds,,,they are very charaactable, funny & adorable, actually my adorable will goes to Kim Min Joong. *Melting*

 so pls,please!  download or watch it online! guarantee u guys will satisfied! yey!
and for SNSD's lover like me,,hehe,,Sooyoung make a cameo on this drama,, XD XD 
   
 RATING : 9.5/10 ==> Nothing's perfect XD
peace.no.war ..
wassalam  
 

2 c0MmEnt0e~

Another perspective of BAJET2013

--------------------------------------------------------------------------------------- Bajet 2013: Adakah Selari Dengan Syariah Serta Adil Kepada Generasi Akan Datang? Mohd Nazari Ismail Pelbagai pandangan telah diberikan terhadap Bajet 2013 yang baru dibentangkan oleh Perdana Menteri. Ramai pihak mempunyai pandangan yang positif kerana banyak bantuan akan diberikan kepada pelbagai pihak terutama seka li yang berpendapatan rendah, serta golongan petani dan nelayan, warga tua, pelajar dan masyarakat luar bandar. Golongan muda yang berpendapatan rendah juga turut mendapat manfaat dalam bentuk rebat pembelian telefon bimbit berjumlah RM200, iaitu satu langkah yang tidak pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini. Dalam erti kata yang lain, boleh dikatakan hampir kesemua golongan rakyat mendapat manfaat dari bajet tersebut. Bagi kita orang Islam, apa yang menjadi perkiraan utama dalam menilai bajet tersebut sepatutnya bukanlah manfaat keduniaan kepada diri sendiri semata-mata. Yang lebih penting ialah adakah bajet tersebut sehaluan dengan prinsip dan ajaran Islam atau tidak. Ini kerana sebagai orang Islam, kita semua telah dididik dengan ajaran Al-Quraan bahawa sumber kesejahteraan negara dan masyarakat adalah di tangan Allah SWT. Negara tidak akan aman damai dan sejahtera tanpa keizinan Allah yang Maha Berkuasa. Apa pun perkara yang kita lakukan, termasuk dalam merangka bajet negara mestilah dilakukan dengan pertimbangan mencari keredhaan Allah SWT semata-mata. Oleh itu, isu utama yang perlu dikaji ialah sama ada Bajet 2013 bercanggah atau tidak dengan Syariat Islam. Jawapan kepada persoalan sama ada Bajet 2013 bercanggah atau tidak dengan Syariat Islam adalah agak jelas. Ini kerana ciri utama kepada bajet tersebut ialah ia memerlukan kerajaan menambahkan hutangnya lagi untuk tahun yang ke-16 berturut-turut semenjak dari tahun 1997. Akibat dari belanjawan yang sentiasa berbentuk defisit dalam tempoh yang lama itu, hutang terkumpul kerajaan sekarang sudah mencapai RM503 billion. Jumlah berkenaan adalah satu jumlah yang sangat besar terutama sekali jika kita mengambil maklum bahawa hutang kerajaan hanya berjumlah tidak sampai RM5 billion pada tahun 1970. Dari perspektif Islam, adalah tidak salah untuk kerajaan berhutang untuk memberikan manfaat kepada rakyat. Tetapi langkah berhutang tersebut mesti memenuhi dua syarat utama iaitu hutang tersebut bebas dari unsur Riba serta hutang tersebut boleh dibayar balik oleh kerajaan. Malangnya kedua-dua syarat utama tersebut jelas tidak dapat dipenuhi. Sumber utama kepada hutang negara adalah dengan menggunakan instrumen `Sekuriti Kerajaan Malaysia’ (Malaysian Government Securities atau MGS) yang menggunakan kaedah Riba yang jelas haram dari perspektif Syariah. Tambahan pula, hutang kerajaan yang terkumpul sekarang telah meningkat ke angka lebih dari separuh trillion Ringgit dengan penjelasan hutang tahunan (Debt Service) yang meningkat setiap tahun. Untuk makluman, pada tahun 1998 penjelasan hutang tahunan oleh kerajaan hanya berjumlah RM7 billion, namun sekarang ini ianya akan melebihi RM20 billion setahun pada tahun 2013. Tren ini jelas membuktikan bahawa kerajaan sekarang ini bukan sahaja tidak berupaya mengambil langkah mengurangkan jumlah hutangnya, bahkan juga tidak berupaya atau tidak bercadang untuk mengambil langkah untuk mengelak dari menambahkan beban hutangnya. Sebenarnya kaedah pembiayaan kewangan negara sudah jauh tersimpang dari pendekatan Islam. Di dalam Islam sepatutnya kerajaan hanya berbelanja untuk rakyat berdasarkan pendapatan yang diperolehi sahaja. Di samping itu, sumber pendapatan utama kerajaan sepatutnya adalah dari hasil mahsul negara dari sumber asli seperti minyak atau hasil galian, atau sewaan harta kerajaan (Kharaj) atau zakat di mana zakat hanya boleh dibelanjakan menurut syarat yang ketat sahaja. Ramai ulamak berpendapat bahawa kerajaan mesti berusaha untuk mengelak dari memperolehi pendapatan melalui percukaian yang dikenakan secara paksa ke atas rakyat. Menurut mereka, percukaian sebagai sumber pendapatan hanya boleh dilakukan sebagai langkah akhir selepas semua sumber lain tidak mencukupi. Tambahan pula tahap cukai yang dikenakan mestilah tidak berlebihan dan bukan juga bertujuan untuk menganiaya golongan yang kaya. Hutang oleh kerajaan juga sepatutnya hanya dilakukan jika kerajaan benar-benar memerlukan dana tambahan. Jika kerajaan mempunyai sumber pendapatan dari sumber galian atau dari pemilikan harta seperti tanah dan sebagainya, maka sepatutnya kerajaan tidak lagi perlu untuk berhutang. Akhir sekali hutang kerajaan mesti mampu dibayar balik dengan segera serta dari sumber yang tidak ada mempunyai sebarang unsur Riba. Namun sekarang kita menghadapi senario di mana kerajaan bukan sahaja mengenakan cukai kepada rakyat dalam berbagai bentuk termasuk cukai impot kereta dan sebagainya bahkan kerajaan juga sedang menambahkan jumlah hutang setiap tahun sehingga jumlah terkumpul sudah mencapai tahap lebih dari lima ratus billion Ringgit. Negara kita adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber asli dan bukannya sebuah negara yang kering kontang. Di samping itu rakyatnya juga adalah berpendidikan, mahir serta rajin. Ramai yang sanggup kerja siang dan malam untuk mencari rezeki. Oleh itu, jika pengurusan kewangan kerajaan dilakukan dengan baik dari dulu lagi dan jika langkah yang serius diambil untuk mengelak dari berlakunya pembaziran dan ketirisan dalam perbelanjaan, maka sebenarnya tidak ada sebab kenapa kerajaan harus berhutang untuk membiayai perbelanjaannya. Pada hakikatnya hutang kerajaan ini mesti dibayar pada satu hari nanti dan sudah tentu yang bertanggungjawab membayar hutang-hutang tersebut adalah generasi akan datang, iaitu generasi anak-anak dan cucu-cucu kita. Untuk menangani masalah hutang kerajaan ini di masa hadapan perbelanjaan kerajaan sudah tentu akan terpaksa dikurangkan sementara pendapatan kerajaan pula sudah tentu juga perlu ditambahkan. Ini bermakna satu hari nanti polisi-polisi berikut akan terpaksa dilaksanakan: 1) Cukai akan dinaikkan. Ini termasuk cukai pendapatan, cukai impot, cukai perkhidmatan, cukai jualan dan lain-lain 2) Pelbagai bentuk subsidi terpaksa dikurangkan atau dihapuskan, termasuk subsidi minyak petrol dan disel, subsidi makanan, subsidi padi, subsidi pendidikan dan lain-lain 3) Yuran bagi perkhidmatan kerajaan akan terpaksa dinaikkan seperti yuran persekolahan, yuran perkhidmatan kesihatan dan lain-lain 4) Gaji penjawat awam akan terpaksa dipotong 5) Pencen juga akan terpaksa dipotong 6) Usia persaraan akan dilanjutkan 7) Saiz sektor awam terpaksa dikecilkan dengan memberhentikan pekerja sektor awam secara paksa 8) Dan lain-lain langkah yang difikirkan perlu untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan Saya sangat yakin tentang keperluan langkah di atas dilaksanakan satu hari nanti kerana sebenarnya kesemuanya telah dan sedang dilaksanakan di beberapa buah negara di Eropah seperti Britain, Greece dan Sepanyol. Ini adalah kerana di tahun-tahun sebelumnya, semua kerajaan-kerajaan di negara-negara tersebut, seperti juga di negara kita, telah melaksanakan bajet yang defisit setiap tahun serta menambahkan hutang terkumpul kerajaan. Faktor utama adalah kerana kerajaan-kerajaan tersebut sentiasa bersaing untuk menjadi popular di mata rakyat dan oleh itu telah berbelanja dengan tidak berhemah untuk memberikan kesenangan kepada rakyat dengan harapan rakyat akan memberi undi kepada mereka setiap kali pilihanraya umum dijalankan. Akibatnya jumlah hutang terkumpul kerajaan telah menjadi terlampau tinggi. Oleh itu, sekarang ini mereka tidak dapat lagi mengelak dari mengambil langkah berjimat cermat yang drastik dengan cara memotong pelbagai jenis perbelanjaan dan menarik balik pelbagai bentuk subsidi untuk memastikan saluran hutang dari pihak-pihak pemiutang masih terbuka. Sudah tentu langkah berjimat cermat ini tidak dipersetujui oleh rakyat. Mereka merasakan bahawa keadaan adalah tidak adil kerana mereka yang tidak bersalah terpaksa menanggung penderitaan akibat dari kesilapan pemimpin politik dalam menguruskan kewangan negara. Akibatnya telah berlaku protes dan tunjuk perasaan yang bersiri oleh rakyat yang sudah tidak tahan dengan penderitaan akibat dari langkah penjimatan tersebut. Seringkali protes menjadi ganas yang mengakibatkan ramai tercedera dan banyak harta benda rosak atau musnah. Bahkan ramai dari warga negara mereka yang telah membunuh diri akibat tekanan kehidupan yang tidak dapat ditanggung serta perasaan kecewa dan putus harapan dengan masa depan yang dilihat semakin sempit, gelap dan menakutkan. Kita kena sedar bahawa maqasid atau tujuan Syariat Islam adalah untuk mendatangkan manfaat kepada masyarakat. Senario kegawatan ekonomi, huru-hara dan kesengsaraan yang sedang berlaku di negara-negara Eropah dan yang juga akan berlaku di negara kita jika kaedah pengurusan kewangan negara ini tidak diubah kepada cara Islam jelas menunjukkan bahawa adalah menjadi tanggungawab semua ahli masyarakat, terutama sekali dari kalangan mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai pendakwah berusaha dengan segala daya mereka untuk memastikan bahawa ajaran Islam diamalkan sepenuhnya di dalam semua aspek kehidupan termasuk di dalam aspek penyediaan bajet negara. Akhir sekali, isu yang perlu difikirkan ialah tentang isu keadilan kepada generasi akan datang. Sekarang ini kerajaan jelas sedang mengejar populariti di mata rakyat dan telah memberikan rakyat banyak manfaat menerusi Bajet 2013 supaya semua merasa senang dan berpuas hati. Persoalannya, adakah kerajaan juga telah berlaku adil kepada generasi akan datang yang akan menderita di hari muka akibat dari terpaksa menghadapi berbagai masalah hasil dari langkah yang terpaksa diambil untuk membayar balik semua hutang yang kelak nanti sudah sampai ke tahap yang tidak dapat ditanggung lagi? *PAPEPON SAPE YG DOK BLURR OE TAK PUAS HATI TU..MOH KITE TANYE PAK JIB RAMAI2,, PEACE NO WAR ~ 1 MALAYSIA ;)
0 c0MmEnt0e~

s e t p e e r s [ part I ] ~~~ desaru

1st stop-er..do our  a compulsory-must  job

finally arrived! happy b4 worst thing appeared,..opps!

lotus entrance for a few minutes

night darky back of lotus

posing before leave,,uhuk3

ready ready ready.they are waiting

neo - transport - she's car 

nice background

hot hot weather

fierce-supposed to be

set girls <3
downleft-noy,neiya,idet,yot,jeq,ott,mas
standsleft-pka,not,ceno,wani,bah,miraei,fatin,dc,fot,nimiz,choq

five of us

weird,hihi,,but looks good
4 c0MmEnt0e~

m a t i f r e e


okay.
hal ni memang selalu sangat orang cakap.
beribu ribu berjuta berbilllion lemon dah..
ponat den nak cakap banyak kali.
TAPI
mende nih selalu je berlaku..
setiap tahun ada je kes nye,, haihh~
D A D A H !
D R U G!
haha,,,same je la tu
dah terangterang cakap dadah musuh negara
itulah inilah tapi still ada je yang nak cari pasal
konpem2  akan kantoi nye nanti walao macamana terer pon.

latest cite kt tv cte pasal dadah ari tu
AIR MATA NURSALINA
directed by ERMA FATIMA.
lakonan gemapak REMY ISHAK UMIE AIDA ADE PUTRA etc 





memang! ada ke patut support family dengan duet dadah
adeh =.=



so semalam real story in real life2
 2 orang MAlaysia ..Melayu..
tengok macam semua dah ada family..dah jadi bapak orang rasanye,,
 kena hukum GANTUNG
kesian kat family diorang

nak bace lebih detail sile KLIK link kat bawah ni

  Dadah: 2 sahabat dihukum mati



so????
kesimpulan nya 
macam biase
LU PIKIR LAH SENDIRI LABU!
jangan dah kantoi baru nak tobat
lambat dahhh,,


ps:
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 
perception gue pasal smoker ada berubah ckit la                                                  
after intern kt TM ari tu                                                                                      
ahakz!"
   :::::   TAK  semua smoker itu jahat + tak berguna ::::::
          ada gak yang baek..maybe diorang smoke just to release tension
          or xtao le ..ok! think positive ::

tapi cikit2 smoking tu boleh la..kadangkadang je smoking still leh dimaapkan
but HEAVY SMOKER?? NO!!!!!!


( ^_^ )



0 c0MmEnt0e~